Lima Negeri Beralih Ke Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri memaklumkan lima negeri di Malaysia kini diletakkan bawah Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN), berkuatkuasa 5 Julai.

lima negeri beralih ke fasa dua pelan pemulihan negara

Lima negeri tersebut adalah Perlis, Perak, Kelantan, Terengganu dan Pahang. Bagaimanapun, aktiviti rentas negeri dan daerah di lima negeri ini masih dilarang kecuali kes kecemasan, pergerakan guru, perkhidmatan perlu dan pasangan jarak jauh.

lima negeri beralih ke fasa dua pelan pemulihan negara

Dibawah Fasa Dua PPN, kapasiti pekerja dan perkhidmatan juga akan dinaikkan kepada 80 peratus dan mengekalkan penutupan sektor sosial seperti sediakala.

 

Peralihan kepada Fasa 2 ini adalah selaras dengan nilai ambang purata kes harian COVID-19 dibawah 4,000 kes, penggunaan katil di ICU pada paras sederhana dan kadar vaksinasi hingga 10% populasi.

lima negeri beralih ke fasa dua pelan pemulihan negara

Dalam masa sama, beberapa kawasan di Kuala Lumpur dan Selangor kini sedang diletakkan dibawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berkuatkuasa 3 Julai 2021.

 

Sumber: Astro Radio News