#LightItBlue: Astro Dan 35 Bangunan Ikonik Negara Nyalakan Lampu Biru Untuk Frontliners

#lightitblue: astro dan 35 bangunan ikonik negara nyalakan lampu biru untuk frontliners

Sebagai tanda penghargaan kepada pihak barisan hadapan negara yang bertungkus-lumus melawan COVID-19, sebanyak 35 bangunan ikonik negara termasuklah Astro telah menyalakan lampu biru.

Inisiatif ini merupakan salah satu usaha Kementerian Wilayah Persekutuan bagi mengingatkan kepada para frontliners bahawa mereka tidak lah berjuang sendiri. Bangunan-bangunan di tiga wilayah iaitu Putrajaya, Kuala Lumpur dan Labuah akan menyalakan lampur berwarna biru selama tiga hari bermula 30 April hingga 3 Mei.

Warna biru dipilih kerana warna tersebut merupakan warna rasmi kepada bidang perubatan. Warna itu juga membawa maksud kredibiliti, pengetahuan, kepercayaan dan fokus.

Jadi, kalau korang nak join kempen ni boleh lah nyalakan lampu berwarna biru di rumah korang dan sekiranya upload di media social gunakan hashtag #LightItBlue

Sumber: Astro Awani