Anak kepada pelakon Azhar Sulaiman yang juga pempengaruh popular Kasih Iris Leona akui tidak kisah jika terpaksa memakai baju kaftan atau kelawar untuk seumur hidupnya.
Menurut Leona, dia meluahkan rasa cintanya kepada keselesaan kain kaftan yang sesuai dipakai semasa waktu senggang.
“Kalau ada satu pakaian yang saya akan gayakan seumur hidup, tentunya (pakaian tersebut) adalah baju kaftan atau baju kelawar,” coretnya.
Menerusi perkongsian tersebut, Leona dilihat menggayakan kaftan berwarna merah jambu belacan yang menjadi signaturnya setiap kali bersiaran langsung dalam TikTok.
Sumber: Kosmo