‘Saya Pun Kaya’ - Leona Nafi Berbaik Dengan Gabriel Prince Sebab Harta

Pempengaruh Kasih Iris Leona menafikan dakwaan menjalinkan hubungan dengan selebriti Indonesia, Gabriel Prince kerana atas sebab harta.

“Tidak, saya pun kaya.” katanya. 

Hal ini dijawab oleh Leona bagi membalas komen pengguna media sosial dalam video siaran langsung dalam Instagram. 

Rata-rata peminat juga bersetuju dengan kenyataan Leona. 

“Apa mereka ini lupa yang Leona pun kaya juga.

“Siapa yang cakap Leona nak kejar harta. Harta ayah dia pun banyak, harta dia pun banyak.

“Tak perlu kejar lelaki banyak harta sebab dia pun berharta juga,” komen pengguna media sosial.

Sumber: Kosmo