Seperti yang kita tahu, proses utama mengundi adalah pengundi akan disuruh mencelup jari di dalam botol dakwat biru sebagai tanda yang seseorang itu sudah selesai mengundi.
Dan kita juga tahu yang dakwat itu akan kekal di jari kita untuk beberapa hari dan agak sukar untuk dihilangkan. Lain pula yang viral baru-baru ini di Tiktok, apabila seorang lelaki yang baru sahaja selesai mengundi terlupa yang dakwat di jarinya masih lagi tidak kering.
Yang kelakarnya, lelaki tersebut secara tidak sengaja “terkorek” hidungnya dan hasilnya, sebahagian hidungnya kini mempunyai tompok biru.
Rata-rata netizen juga turut terhibur melihat gelagat kelakar lelaki ini dan berharap lelaki ini tabah untuk menunggu sehingga dakwat di hidungnya hilang.
Sumber: Tiktok @fwz.xydy