ERA, HITZ & MY FM Berjaya Raih Pengiktirafan Tertinggi Di The Putra Brand Awards 2024

Astro Radio sekali lagi membuktikan keunggulannya dalam industri penyiaran apabila tiga jenama popularnya – ERA, HITZ dan MY FM – berjaya meraih pengiktirafan tertinggi di The Putra Brand Awards 2024. Anugerah berprestij yang berlangsung di ibu negara ini mengiktiraf jenama terkemuka tempatan dan antarabangsa yang menjadi pilihan utama pengguna.

 

Jenama Astro Audio, ERA dan HITZ, masing-masing menerima Gold Award dan Bronze Award dalam kategori Media & Networks, mengukuhkan kedudukan Astro sebagai peneraju dalam landskap media Malaysia. Selain itu, MY FM meraih Silver Award pertamanya dalam kategori Media & Networks di Putra Aria Brand Awards 2024.

 

era, hitz & my fm berjaya raih pengiktirafan tertinggi di the putra brand awards 2024

 

“Pengiktirafan ini merupakan bukti komitmen kami untuk terus memberikan kandungan terbaik kepada para pendengar. ERA, HITZ dan MY FM kekal relevan sebagai pilihan nombor satu rakyat Malaysia, dan anugerah ini menjadi motivasi untuk kami terus melangkah lebih jauh dalam memperkasa industri penyiaran tanah air.” kata Pengarah Astro Audio, Priya Dharshini Prabakaran. 

 

Dengan pencapaian terkini ini, Astro Radio bertekad untuk terus berinovasi dan menjadi peneraju dalam mencipta pengalaman audio terbaik buat pendengar di Malaysia. Tahniah kepada ERA, HITZ dan MY FM atas kejayaan gemilang ini!