Tak Boleh Boleh Terima Dirinya ’Difrienzone’ Lelaki Nekad Saman Wanita RM9.8 Juta

Kejadian di Singapura, seorang lelaki yang berang telah mengambil tindakan undang-undang terhadap rakan wanitanya kerana wanita tersebut tidak mahu teruskan hubungan romantik dengan lelaki berkenaan. 

Lelaki yang bernama K. Kawshigan telah menyaman Nora Tan sebanyak S$3 juta (RM9.8 juta) atas 'trauma emosi' yang dihadapinya di Mahkamah Tinggi Republik. 

Difahamkan Nora selama ini hanya menganggap lelaki tersebut hanya sebagai kawan. Namun menurut penghakiman, tuntutan itu berpunca daripada kekeceewaan kerana Nora tidak mahu menunaikan permintaannya untuk mengeratkan lagi hubungan mereka.

“Hubungan mereka bermula pada 2016 namun konflik antara keduanya bermula sejak September 2020 apabila Kawshigan dan Nora tidak bersetuju antara satu sama lain mengenai hubungan mereka.

“Mereka turut menyertai satu sesi kaunseling dan Nora berharap agar Kawshigan menerima hakikat persahabatan mereka.

“Namun sesi itu menjadi sia-sia kerana lelaki itu tidak mahu menerima bahawa Nora hanya menganggap dia sebagai sahabat”, katanya. 

Walau bagaimanapun, Nora juga dipercayai turut memfailkan prosiding gangguan terhadap Kawshigan. 

Sumber: Berita Harian