Lelaki Asal Malaysia Ini Raih RM6 Ribu Sebulan Dengan Bekerja Sebagai Pemungut Sampah Di Singapura

Seorang lelaki mendedahkan dirinya mampu meraih pendapatan dari RM6,000 hingga RM9,600 dengan melakukan pekerjaan memungut sampah di Singapura.

lelaki asal malaysia ini raih rm6 ribu sebulan dengan bekerja sebagai pemungut sampah di singapura

Menerusi satu perkongsian di TikTok melalui akaun @ezzaiky7, pemuda itu memuat naik video yang memperlihatkan rutin pekerjaannya itu.

@ezzaiky7 Dengar sahaja best try dulu 🤭 #runsgd🇸🇬l🇲🇾 ♬ original sound - Napi✌️💪🙋

Kongsi dia, aturan hidup membawa dirinya ke Singapura demi mencari rezeki.

“Saya tahu rezeki boleh dicari di mana-mana, baik di Malaysia mahupun Singapura, tetapi nasib saya membawa saya ke sini (di Singapura). Jadi saya terima.

“Tetapi bekerja di sini bermakna saya perlu kuat, saya perlu menghadapi kesesakan lalu lintas dan semuanya, tiada pilihan. Tetapi saya tidak boleh merungut, kerana saya dikurniakan pekerjaan. Jadi saya terima.” katanya.

Dan di sebalik stigma yang dikaitkan dengan pekerjaannya itu, pemuda itu berkongsi yang dia sedikit pun tidak berasa malu kerana dia hanya mencari rezeki halal.

@ezzaiky7 ☺️ #runsgd🇸🇬l🇲🇾 ♬ original sound - T e h T a r i k

Memetik laporan akhbar tempatan, pemuda itu tinggal di Johor Bahru dan berulang-alik ke Singapura setiap hari.

Terdahulu, Kementerian Tenaga Manusia Singapura mengumumkan kenaikan gaji Model Gaji Progresif (PWM) akan dilaksanakan antara 2023 hingga 2028 untuk pekerja pengurusan sisa yang bekerja di sektor awam, menurut CNA.

Bermula dari 1 Julai 2023, gaji kasar pekerja pengutip sisa peringkat permulaan yang merupakan warga Singapura atau penduduk tetap bakal meningkat daripada S$2,210 (RM7,123.54) kepada S$3,260 (RM10,488.31) menjelang 2028, dengan sebanyak kenaikan S$210 (RM676.90) setahun.

 

Sumber: WauPost