“Lelaki Lemah Sahaja Akan Pukul Perempuan” - Hisyam Hamid

Berkenaan isu keganasan rumah tangga, pelakon Hisyam Hamid menganggap lelaki yang memukul perempuan adalah seorang yang lemah. 

 

Menurutnya, tugas kaum lelaki sepatutnya melindungi wanita selain memenuhi keperluan mereka.

 

“Sebagai seorang lelaki dan ketua keluarga, tanggungjawab kalian adalah untuk melindungi keluarga terutama sekali wanita, bukan untuk mengambil kesempatan.

 

“Pada saya lelaki yang lemah sahaja akan pukul perempuan sebab kalau nak bandingkan kekuatan, sah-sah perempuan kalah. Kenapa nak pukul mereka?

 

“Kita sebagai lelaki pastikan keperluan mereka cukup. Kalau nak pukul, cari seseorang yang sesuai,” katanya. 

 

Dalam pada itu, Hisyam turut menasihati lelaki yang panas baran untuk cari tempat meluahkan tekanan tanpa mengasari wanita.

 

“Pada golongan yang suka memukul atau mempunyai masalah panas baran, itu semua hanyalah psikologi.

 

“Cari ruang untuk melepaskan ketegangan atau berjumpa dengan pakar. Lepaskan kemarahan terpendam, bukan dengan cara pukul apatah lagi terhadap insan lemah,” ujarnya.

 

Sumber: Kosmo