Lelaki Ini Berkongsi Video Misi Membawa Pulang Rakyat Malaysia Dari Wuhan

lelaki ini berkongsi video misi membawa pulang rakyat malaysia dari wuhan

Seorang cabin crew yang dikenali sebagai @nxdzmi yang terlibat dalam misi membawa pulang rakyat Malaysia dari Wuhan telah berkongsi satu video pengalamannya melalui laman Instagram.

Video berdurasi 1 minit 30 saat itu merakam perjalanan mereka bermula dari Malaysia sehinggalah ke Wuhan dan akhirnya terbang pulang ke Tanah Air Semula.

Dalam video tersebut jelas kelihatan bagaimana para petugas melakukan pembersihan pada ruang kabin dan persediaan mereka sebelum menerima penumpang tiba di ruang kabin.

Pada ruang kapsyen pula, beliau telah menulis bahawa misi tersebut disertai oleh pasukan yang hebat.

“Wuhan Flight AK8265

We left with great motivation, lead by incredible leaders, and a very dynamic set of team.
Special thanks to my preggo wife who is supportive, and the rest of the fam.
This will be my last update regarding the Wuhan flight.
Disclaimer : These are only snippets of the scenes of the flight.” Tulisnya pada ruangan kapsyen.

Sebelum ini, sebuah pesawat Air Asia AK8256 telah membawa pulang 107 rakyat Malaysia dari Wuhan. Misi tersebut telah disertai oleh 12 kru, lapan petugas misi dan enam pegawai Kedutaan Besar Malaysia di Beijing.

Pesawat tersebut telah selamat tiba di KLIA pada hari 4 Februari yang lalu jam 5.57 pagi.

 

Sumber: Instagram @nxdzmi