Gara-Gara Ganggu Remaja Perempuan, Pemuda Di Gombak Diikat

Seorang lelaki di Gombak telah diikat tangannya selepas dia didakwa mengganggu remaja perempuan pada Isnin lalu.

gara-gara ganggu remaja perempuan, pemuda di gombak diikat

Menurut Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed, abang gadis terbabit bertindak mengikat pemuda berusia 21 tahun tersebut selepas tidak berpuas hati dengan kelakuan tidak bertanggungjawab itu terhadap adiknya.

Bagaimanapun, bapa gadis itu enggan membuat laporan polis susulan kejadian itu kerana mengenali suspek dan keluarganya secara peribadi.

“Kedua belah pihak bersetuju untuk menyelesaikan salah faham tersebut secara baik,” kata Zainal Mohamed Mohamed.


Sumber: Astro Awani