Lelaki Di Malaysia Sejuta Lebih Banyak Daripada Perempuan

lelaki di malaysia sejuta lebih banyak daripada perempuan

12 Mei yang lalu, Jabatan Perangkaan Malaysia telah mengeluarkan statistic populasi penduduk di Malaysia bagi suku pertama tahun 2020.

Laporan tersebut menunjukkan jumlah populasi kaum lelaki di Malaysia lebih banyak daripada kaum wanita sebanyak 1.06 juta. Jumlah penduduk lelaki adalah 16.90 juta manakala populasi perempuan pula adalah sebanyak 15.84 juta.

Berdasarkan Ketua Perangkaan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, nisbah jantina kekal pada 107 lelaki untuk setiap 100 perempuan.

Selain itu, jumlah penduduk lelaki meningkat sebanyak 90,000 orang dan perempuan pula sebanyak 120,000. Bandingan ini berdasarkan tahun lepas dalam tempoh masa yang sama.

Bukan sahaja dari segi jantina paling banya, kaum lelaki juga mencatatkan kematian tertinggi di negara kita dengan 24,695 kematian berbanding wanita iaitu sebanyak 18,567 kematian sahaja.

Selain itu, jumlah penduduk di Malaysia juga turut meningkat secara keseluruhan. Jika suku pertama tahun 2019 adalah seanyak 29.30 juta penduduk namun bagi suku pertama tahun 2020 pula adalah sebanyak 29.62 juta.

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia