Lelaki Cuba Selamatkan Isteri, Namun Beliau Dihanyut Arus Deras

lelaki cuba selamatkan isteri, namun beliau dihanyut arus deras

Ketika ini, negara kita sedang diuji dengan bencana alam iaitu banjir. Beberapa negeri telah dilaporkan kenaikan air pada paras yang bahaya.

Satu berita yang memilukan telah berlaku di Kluang, Johor di mana seorang suami sedaya upaya menyelamatkan isterinya daripada arus deras.

Ketika mereka berada di dalam kereta, aliran deras air banjir memenuhi kereta waja yang dinaiki. Lelaki tersebut yang risau akan isterinya, terus memecahkan cermin kereta untuk mengeluarkan isterinya.

Isterinya berjaya diselamatkan oleh orang awam yang berada di kawasan kejadian. Bagaimanapun, lelaki yang dikenali sebagai Md Rajihan Junaidi, 28 tidak sempat keluar dari kereta itu dan dibawa arus deras.

Menurut Ketua Polis Kluang, pihak berkuasa telah menjalankan operasi mencari dan menyelamat.

“Kejadian berlaku sekitar jam 5:30 petang pada hari Sabtu di Batu 18 Jalan Batu Pahat-Mersing berhampiran Kahang. Mangsa dipercayai cuba untuk merentasi jalan dengan kereta namun telah ditolak arus sehinggalah ke tepi jalan.

Mangsa memecahkan cermin untuk menyelamatkan isterinya. Bagaimanapun, beliau tidak sempat keluar dari kereta dan dibawa oleh arus deras.” Kata ketua polis.

Sumber: The Straits Times