Lelaki Alami Masalah Paru-Paru Selepas Jogging 4KM Dengan Memakai Mask

lelaki alami masalah paru-paru selepas jogging 4km dengan memakai mask

Seorang lelaki di China berusia 26 tahun didapati telah jatuh dan tidak menyedarkan diri selepas berjogging sejauh 4 kilometer sambil memakai penutup hidung dan mulut.

Menurut laporan doktor, keadaan tersebut disebabkan oleh tekanan yang tinggi pada organ lelaki tersebut akibat daripada pernafasan yang teruk ketika memakai mask.

Lelaki tersebut telah dikejarkan ke Wuhan Central Hospital selepas beliau tidak bernafas dan mula mengalami sakit dada yang teruk. Bagaimanapun, dia masih sempat diselamatkan apabila pihak hospital menjalankan pembedahan kecemasan terhadapnya.

Masalah jantung yang dialami lelaki itu dikenali sebagai pneumothorax di mana paru-paru ditusuk dan udara mengalami masalah di dada.

Jadi, pengajarannya jangan berjogging sambil memakai penutup hidung atau mulut. Ataupun buat sementara ni tak perlu berjogging di luar rumah. Lebih selamat.

Sumber: Mirror