Legenda Puteri Qaseh Angkat Kisah Klasik Fiksyen, Qasrina Karim Teraju Watak Utama

Dengan kejayaan telefilem ‘Legenda Puteri Bulan’ dan ‘Legenda Puteri Felora’, Astro Ceria kini membawakan siri pertama daripada francais ‘Legenda’ iaitu ‘Legenda Puteri Qaseh’.

legenda puteri qaseh angkat kisah klasik fiksyen, qasrina karim teraju watak utama

Menerusi penceritaan 9 episod, ‘Legenda Puteri Qaseh’ berkisarkan seorang gadis bernama Qaseh berhati mulia yang mendapat tahu bahawa dirinya merupakan seorang puteri dari kerajaan KayaJaya. Dengan kemangkatan kedua orang ibu bapanya, kini kerajaan tersebut diperintah oleh bapa saudaranya, Raja Sulung. Qaseh dibawa kembali ke istana Kayajaya untuk menjalani kehidupan sebagai seorang puteri. Dalam menjalani kehidupan baharunya, Qaseh berhadapan dengan pelbagai rintangan dan cabaran demi mengembalikan kebaikan ke kerajaan KayaJaya.

legenda puteri qaseh angkat kisah klasik fiksyen, qasrina karim teraju watak utama

‘Legenda Puteri Qaseh’ diterajui bintang baharu yang semakin bersinar di persada seni kita Qasrina Karim sebagai Puteri Qaseh. Qasrina memulakan kerjaya sebagai seorang model sejak 2016 dengan memperagakan koleksi jenama terkenal termasuk produk hijab tempatan sebagai wajah rasmi. Namanya semakin menjadi sebutan selepas muncul dalam beberapa filem dan siri komedi. Beliau juga tular di laman Twitter pada 2018 kerana persamaan wajah dengan Mira Filzah dan Siti Nurhaliza.

legenda puteri qaseh angkat kisah klasik fiksyen, qasrina karim teraju watak utama

Selain Qasrina, Daniel Fong telah melakonkan watak sebagai Laksamana Andika dan Bella Dowanna sebagai Laila, rakan karib Puteri Qaseh. ‘Legenda Puteri Qaseh’ juga dibintangi para pelakon hebat seperti Norman Hakim sebagai Raja Sulung serta penampilan istimewa Datin Lisa Surihani sebagai Pemaisuri Kalsom dan Datuk Yusry Abdul Halim sebagai Raja Budi. Manakala runut bunyi berjudul ‘Takkan Mengalah’ dinyanyikan oleh Nuha Bahrin dan Naufal Azrin.

Saksikan ‘Legenda Puteri Qaseh’ bermula 9 Januari setiap hari Isnin pada jam 9 malam di Astro Ceria (Saluran 611). Tayangan episod pertama turut merupakan tayangan istimewa dengan tontonan ulung berdurasi satu jam yang padat dengan penceritaan permulaan siri ini. Untuk pilihan lebih fleksibel, strim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO. Strim tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box dengan Pek Entertainment. Whatsapp "Nak ASTRO" ke 03-9543 3838.

legenda puteri qaseh angkat kisah klasik fiksyen, qasrina karim teraju watak utama