Sambutan Hari Kebangsaan ke-65 semalam akan menjadi momen indah dan tidak dapat dilupakan buat pemain kelab Sri Pahang FC ini.
Lee Tuck, pemain tengah berusia 34 tahun yang berasal dari Halifax, England mengesahkan beliau kini memiliki status warganegara Malaysia.
“Saya berterima kasih kepada pemilik Sri Pahang FC, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah dan pengurusan kelab itu yang sentiasa menyokong sepanjang proses mendapatkan status kewarganegaraan.
“Hari ini, saya akhirnya dan secara rasmi boleh mengatakan saya adalah warganegara Malaysia. Saya benar-benar bersyukur mendapat kewarganegaraan Malaysia.
“Ia merupakan satu perjalanan yang sukar dengan membuat pengorbanan untuk sampai ke sini, namun peluang ini yang tidak dapat saya lepaskan," tulis Tuck.
Status warganegara oleh Lee Tuck itu menyaksikan Malaysia kini mempunyai empat pemain naturalisasi termasuklah Mohamadou Sumareh, Liridon Krasniqi dan Guilherme De Paula.
Sumber: Astro AWANI