Sudah Lebih Setengah Juta Kanak-Kanak Di Malaysia Lengkap Vaksinasi COVID-19

Menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids), kini sudah lebih setengah juta kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun lengkap vaksinasi COVID-19.

sudah lebih setengah juta kanak-kanak di malaysia lengkap vaksinasi covid-19

Jumlah itu merangkumi 532,317 kanak-kanak atau 15 peratus daripada jumlah populasi kumpulan itu setakat 20 April 2022.

.

Tambah lagi, sebanyak 1,435,586 kanak-kanak dalam kumpulan sama atau 40.4 peratus, telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

.

Bagi kumpulan remaja berusia 12 hingga 17 tahun, sejumlah 2,879,410 individu atau 92.5 peratus telah lengkap divaksin, manakala 2,980,286 atau 95.7 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

.

Bagi golongan dewasa pula, 68 peratus telah menerima dos penggalak, 97.6 peratus lengkap dos kedua manakala 98.8 peratus menerima sekurangnya satu dos vaksin COVID-19.

.

Setakat tarikh itu juga, sebanyak 69,808,665 dos vaksin telah diberikan di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

.

Sumber: [1]

 

 

ARTIKEL BERKAITAN