Lebih Ramai Akan Terima Vaksin Tidak Lama Lagi

Setakat Rabu, 19 Mei, jumlah pemberian vaksin COVID-19 harian pada bulan ini merekodkan angka tertinggi iaitu dengan 83,648 dos.

lebih ramai akan terima vaksin tidak lama lagi

Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), jumlah itu melibatkan angka bagi individu yang telah melengkapkan suntikan dua dos iaitu sebanyak 33,926, manakala pemberian suntikan satu dos ialah 49,722.

 

Katanya, jumlah ini akan lebih meningkat apabila bekalan vaksin diterima nanti.

 

Berikut merupakan jumlah vaksinasi COVID-19 harian bagi bulan Mei dengan rekod tertinggi sebanyak 83,648 dos pada 19 Mei.

Jumlah ini akan meningkat apabila lebih banyak bekalan vaksin diterima nanti. pic.twitter.com/QxHD0eVMLM

— Vaksin COVID-19 🇲🇾 (@JKJAVMY) May 20, 2021

 

Menurut perancangan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, fasa pertama pemberian vaksin yang bermula Februari lalu melibatkan kira-kira 500,000 frontliners, diikuti fasa kedua pada April hingga Ogos yang melibatkan 9.4 juta warga emas, kumpulan rentan dan Orang Kelainan Upaya (OKU).

 

Pada Mei hingga Februari 2022, fasa ketiga pemberian vaksin akan melibatkan lebih 13.7 juta individu 18 tahun dan keatas, warganegara dan bukan warga negara di Malaysia.

 

Sumber: JKJAV

ARTIKEL BERKAITAN