Lebih Banyak Kelonggaran Diberi, 1 April Permulaan Baharu Untuk Malaysia

Selepas lebih dua tahun kita berperang dengan pandemik COVID-19, akhirnya kini kita akan kembali ke arah kehidupan yang hampir normal.

 

Ia selepas pengumuman yang dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang memaklumkan Malaysia akan memasuki fasa ‘peralihan ke endemik’ bermula 1 April 2022.

lebih banyak kelonggaran diberi, 1 april permulaan baharu untuk malaysia

Keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pelbagai faktor, termasuk penilaian risiko, pandangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan juga syor daripada menteri kuartet.

 

Berita gembira yang diumumkan itu juga adalah strategi keluar dan fasa sementara sebelum negara beralih ke Fasa Endemik, tertakluk kepada pengumuman oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

 

Ia sekaligus bakal merancakkan kembali ekonomi negara khususnya sektor pelancongan yang terjejas sejak pintu sempadan negara ditutup sejak 18 Mac 2020.

lebih banyak kelonggaran diberi, 1 april permulaan baharu untuk malaysia

Berikut adalah kelonggaran yang diumumkan Perdana Menteri, berkuatkuasa 1 April 2022.

 

1. Had waktu beroperasi bagi premis perniagaan dimansuhkan. Ini bermakna rakyat Malaysia boleh makan di kedai makan selepas jam 12 tengah malam.

2. Aktiviti solat jemaah di masjid, surau dan upacara sembahyang di rumah ibadat bukan Islam boleh dilaksanakan tanpa penjarakan fizikal.

3. Tiada lagi had kapasiti 50 peratus bagi aktiviti perkumpulan ramai. Had kapasiti pekerja dan majlis keramaian termasuk kenduri kahwin dimansuhkan.

4. Semua individu dibenarkan merentas negeri tanpa mengira status vaksinasi mereka.

5. Sempadan negara dibuka semula pada 1 April ini. Bagi yang telah menerima vaksinasi lengkap, tiada keperluan untuk menjalani sebarang tempoh kuarantin dan hanya perlu melalui ujian pengesanan COVID-19 RT-PCR dua hari sebelum berlepas serta ujian RTK-Ag (profesional) dalam tempoh 24 jam selepas ketibaan.

 

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN