Lebih Baik Jumpa Doktor Dari Guna Serbuk Kunyit Rawat HFMD

Orang ramai khasnya ibu bapa dan penjaga disarankan untuk merujuk kepada doktor yang bertauliah bagi mendapatkan rawatan berkaitan penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD) yang kini sedang merebak di beberapa kawasan.

lebih baik jumpa doktor dari guna serbuk kunyit rawat hfmd

Perkara itu dimaklumkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang tidak menggalakkan penggunaan rawatan tradisional seperti menggunakan serbuk kunyit dan daun semambu bagi tujuan rawatan penyakit itu.

.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata paling utama kanak-kanak yang terkena penyakit itu perlu diberi minum air secukupnya bagi mengelakkan dehidrasi. Ini adalah kerana kanak-kanak yang dijangkiti HFMD akan terkena ruam serta gelembung bendalir pada kulit serta ulser di mulut.

.

“Itu memang tanda-tanda utama dia (kanak-kanak) tak nak makan, minum pun tak nak… jadi itu bahaya, pastikan anak-anak banyak minum, pastikan banyak minum air.

“Kalau tidak boleh minum langsung dan sebagainya memang perlu berikan secara suntikan intavena… maknanya kena pergi ke hospital sebab kita tak nak anak-anak jadi lemah, jadi lemah sebab itu saja (dan) kebanyakan yang kena kanak-kanak bawah 10 tahun,” jelas beliau.

.

Setakat ini masih belum ada rawatan khusus bagi merawat penyakit HFMD.

.

Tambah beliau lagi, meskipun belum ada kes kematian dilaporkan, Malaysia kini sedang melalui fasa epidemik wabak HFMD. Ia berikutan kes yang semakin meningkat di seluruh negara kepada lebih 7,526 kes pada minggu ke-19 tahun ini yang berakhir 14 Mei lalu, berbanding hanya 1,676 kes minggu sebelumnya.

lebih baik jumpa doktor dari guna serbuk kunyit rawat hfmd

Sumber: [1]