Lebih Setengah Juta Rakyat Malaysia Dah Terima Vaksin Dos Pertama

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) melaporkan sehingga 6 April, terdapat 534,191 individu sudahpun menerima suntikan vaksin dos pertama di Malaysia.

 

Tambah pula sebanyak 328,254 individu menerima dos kedua vaksin COVID-19, menjadikan jumlah pemberian dos setakat 6 April sebanyak 862,445.

 

Selangor merupakan negeri paling ramai yang sudah menerima vaksin (dos 1 dan dos 2), diikuti Sarawak, Perak dan Kuala Lumpur. Pecahan pemberian dos vaksin COVID-19 mengikut negeri adalah seperti berikut:

lebih setengah juta rakyat malaysia dah terima vaksin dos pertama

Dalam pada itu, sebanyak 8,154,590 jumlah pendaftaran vaksin COVID-19 dilakukan setakat 6 April.

lebih setengah juta rakyat malaysia dah terima vaksin dos pertama

Justeru, orang ramai dinasihatkan untuk segera melakukan pendaftaran vaksin sebelum dibenarkan untuk menerima suntikan melalui platform yang telah disediakan.

 

 

 

Sumber: JKJAV