Lebih 50 Ribu Remaja Di Malaysia Kini Sudah Lengkap Divaksin

Setakat 30 September lepas, sudah lebih 50 ribu remaja berusia 12 hingga 17 tahun di Malaysia kini lengkap meerima vaksin COVID-19 jenis Comirnaty.

lebih 50 ribu remaja di malaysia kini sudah lengkap divaksin

Ia melibatkan 1.7 peratus atau 52,774 remaja dalam lingkungan usia terbabit, demikian menurut Timbalan Menteri Kesihatan 1, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali.

 

Dalam masa sama, sebanyak 1,498,274 atau 47.6 peratus remaja sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin berkenaan.

 

Setakat ini, lima negeri dengan pencapaian vaksinasi tertinggi dalam kumpulan remaja adalah terdiri daripada Wilayah Persekutuan Labuan dengan 77.6 peratus, diikuti Kedah (67.1 peratus), Sarawak (62.7 peratus) Perlis (61.8 peratus) dan Melaka (59.4 peratus).

 

Tambah beliau lagi, golongan remaja Orang Kurang Upaya (OKU) turut diberikan perhatian tanpa mengira status warganegara atau jenis ketidakupayaan dan ia dilaksana dengan beberapa kaedah mengikut kepada kategori mereka.

 

"Seramai 51,361 (75.8 peratus) adalah remaja OKU dalam sistem pendidikan dan daripada jumlah ini 793 (1.5 peratus) merupakan Murid Berkeperluan Khas (MBK) yang berada di sekolah berasrama," katanya.

 

Menurut Dr Noor Azmi, remaja OKU yang bersekolah harian akan diberi vaksinasi secara berjadual di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) atau sekolah dan remaja OKU bersekolah asrama pula akan menerima temu janji menerusi aplikasi MySejahtera.

 

Bagi remaja OKU dengan masalah tingkah laku seperti Autism Spectrum Disorder, Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD), remaja OKU Mental atau dengan komorbid yang lain; pemberian vaksinasi boleh dilakukan di klinik kesihatan atau hospital kerajaan yang berdekatan dengan rumah.

 

"Senarai nama remaja OKU ini akan dikumpul di peringkat Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) atau Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) untuk diserahkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD)," katanya.

 

Sumber: [1]