5,291 Daripada Lebih 19 Ribu Kes Baru COVID-19 Adalah Dari Sarawak

Negeri Sarawak mencatatkan 5,291 kes jangkitan harian baharu COVID-19, sekaligus merupakan kes tertinggi yang pernah direkodkan negeri itu sejak wabak melanda negara.

5,291 daripada lebih 19 ribu kes baru covid-19 adalah dari sarawak

Ia adalah sebahagian daripada 19,198 jangkitan baharu COVID-19 pada 12 September, yang menjadikan jumlah keseluruhan kes kini sebanyak 1,979,698 kes.

 

Selangor menjadi negeri kedua tertinggi dengan merekodkan 2,347 kes diikuti Johor (2,110).

 

Sabah, Kelantan, Pulau Pinang, Kedah dan Perak masing-masing merekodkan bilangan kes melebihi 1,000 kes, manakala Terengganu, Pahang, Kuala Lumpur, Melaka, Perlis, Putrajaya, Labuan dan Negeri Sembilan pula bawah 1,000 kes.

 

Berikut pula adalah status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 12 September 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 20,980 kes (1,721,713 kes kumulatif, 87.0%);
  • Kes baharu : 19,198 kes (1,979,698 kes kumulatif);
  • Kes import : 5 kes (2 warganegara; 3 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 19,193 kes [17,428 warganegara (90.8%);  1,765 bukan warganegara (9.2%)];
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 1,298 kes (960 kes disahkan COVID-19 ;   338 kes suspected, probable, dan kes dalam siasatan);
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan: 744 kes ( 444  kes disahkan COVID-19 ; 300 kes suspected, probable, dan kes dalam siasatan)
  • Jumlah kluster : 5,121 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 34 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 3,681 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 1,440 kluster.

 

Sumber: KKM

ARTIKEL BERKAITAN