Lebih 30 Peratus Populasi Kanak-Kanak Di Malaysia Terima Suntikan

Lebih 30 peratus populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di Malaysia telah pun menerima dos pertama vaksin COVID-19 melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) setakat 9 Mac 2022.

lebih 30 peratus populasi kanak-kanak di malaysia terima suntikan

Peratusan itu melibatkan 1,078,539 individu yang mewakili 30.1 peratus populasi kanak-kanak pada kumpulan usia berkenaan.

 

Berikut pula bilangan dan peratusan untuk vaksinasi bagi golongan dewasa dan remaja 12 hingga 17 tahun:

Dewasa:

Telah terima dos penggalak: 15,157,782 individu (64.4%)

Lengkap vaksinasi: 22,931,610 individu (97.5%)

Sekurangnya satu dos: 23,208,205 individu (98.7%)

 

Remaja 12 hingga 17 tahun:

Lengkap vaksinasi: 2,833,876 individu (91.1%)

Sekurangnya satu dos: 2,934,067 individu (94.3%)

 

Setakat semalam juga sebanyak 67,935,466 dos vaksin COVID-19 telah diberikan dibawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

 

Dalam perkembangan lain, sebanyak 113 kes kematian akibat COVID-19 direkodkan semalam dengan Selangor mencatatkan 22 kes, diikuti Sabah (18), Johor (14), Kedah (12), Pulau Pinang (10) dan Pahang, sembilan kes. Perak pula mencatatkan tujuh kes kematian, Negeri Sembilan (enam), Terengganu (empat), Kelantan (tiga) dan Melaka, Perlis, Sarawak, Kuala Lumpur masing-masing dua kes.

 

Sumber: [1]