Seramai 155,893 Individu Telah Dihentikan Kerja Seluruh Negara Sejak 2020

Sejak pandemik COVID-19 melanda negara , sejumlah 155,893 individu telah dilaporkan diberhentikan kerja dari tahun 2020 sehingga Julai 2021.

seramai 155,893 individu telah dihentikan kerja seluruh negara sejak 2020

Perkara itu dimaklumkan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan yang katanya melibatkan 141,191 pekerja di Semenanjung Malaysia oleh 5,095 majikan.

 

"Manakala bagi negeri Sarawak, sebanyak 509 majikan terlibat dengan pemberhentian melibatkan seramai 8,996 orang pekerja dalam tempoh yang sama.

"Di negeri Sabah pula, 355 majikan terlibat dalam pemberhentian seramai 5,706 pekerja dalam tempoh 2020 hingga September 2021 yang melibatkan sektor penginapan dan rantaian perkhidmatan makanan serta minuman, sektor pembuatan, sektor pembinaan dan sektor pentadbiran dan khidmat sokongan," katanya.

 

Tambah beliau lagi, sehingga kini tiada tindakan pendakwaan dibuat ke atas majikan kerana majikan yang memberhentikan pekerja mematuhi peruntukan di bawah Seksyen 63, Akta Kerja 1955 (Akta 265).

 

"Majikan yang gagal mematuhi peruntukan undang-undang yang ada atau melanggar peruntukan di bawah akta, apabila sabit kesalahan, boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 bagi setiap kesalahan," katanya.

 

Antara syarat yang dikenakan termasuk mewajibkan majikan melengkap dan mengemukakan Borang Pemberhentian (PK) dalam tempoh 30 hari sebelum tindakan pemberhentian dilakukan.

 

Sumber: [1]