Larangan Rentas Negeri Wajar Diteruskan

Selasa lepas, buat pertama kalinya selepas hampir sebulan, Malaysia catat kes harian Covid-19 bawah 3,000. 

Lega la sikit masa tu sebab nampaknya PKP 2.0 makin menunjukkan hasil. 

Kementerian Kesihatan pun cakap kesan pelaksanaan PKP 2.0 ni dijangka dapat dilihat selepas 4 minggu ia dilaksanakan. 

Lagi satu pencapaian positif hasil PKP 2.0 adalah tiada kluster baru rentas negeri direkodkan sejak 1 Februari lalu. 

larangan rentas negeri wajar diteruskan

Ini lah buktinya larangan rentas daerah dan negeri yang kerajaan laksanakan mampu kawal penularan Covid-19. 

Disebabkan perkembangan positif ni, KKM bercadang untuk teruskan larangan rentas daerah dan negeri walaupun PKP 2.0 tamat nanti. 

larangan rentas negeri wajar diteruskan

Mesti ada pihak yang setuju dan tolak cadangan ni kan, sebab rindu nak balik kampung, nak jalan-jalan macam biasa. 

Tapi cuba fikirkan kalau kita dibenarkan untuk rentas negeri, lepastu kes kembali meningkat, takkan nak buat PKP 3.0 pulak kan? 

Jadi, buat masa ni, kita semua kena la berkorban sikit untuk pastikan penularan Covid-19 di negara ni betul-betul terkawal. 

larangan rentas negeri wajar diteruskan

Bila semua dah reda, baru lah kita boleh balik kampung atau jalan-jalan dengan tenang, betul tak? 

Apa-apa pun, terus patuhi SOP dan kita tunggu pengumuman kerajaan seterusnya, okay!

Oleh: Izzati Amir