Berikut Senarai Kawasan & Laluan Terjejas Banjir Libatkan 9 Negeri

Ekoran daripada bencana banjir yang melanda beberapa negeri di Malaysia, jumlah lokasi yang terjejas kini meningkat kepada 76 kawasan setakat 10 pagi Ahad.

berikut senarai kawasan & laluan terjejas banjir libatkan 9 negeri

Jabatan Kerja Raya (JKR) mengenalpasti 11 lokasi kejadian banjir kilat, banjir (46 lokasi), cerun runtuh (11 lokasi), jalan runtuh (enam lokasi), jalan mendap (satu lokasi) dan jambatan rosak atau runtuh (satu lokasi).

 

Berikut senarai kawasan terjejas menurut laporan bencana pada 19 Disember 2021, jam 10 pagi:

 

Melaka (daerah Alor Gajah),

* Selangor (Kuala Selangor, Petaling, Sepang dan Kuala Langat),

* N. Sembilan (Seremban dan Rembau),

* Terengganu (Dungun, Setiu dan Kemaman)

* Kelantan (Tumpat, Tanah Merah, Pasir Mas, Kuala Krai, Machang, Jeli dan Gua Musang),

* Pahang (Temerloh, Maran, Raub, Jerantut, Kuantan dan Bentong),

* Perak (Hulu Perak, Kuala Kangsar, Larut Matang dan Selama),

* Kedah (Baling dan Yan).

 

Selain itu, beberapa lokasi jalan di Kuala Lumpur masih ditutup dan dilencongkan akibat banjir serta proses-proses pembersihan yang giat dijalankan. Ia melibatkan lokasi:

* Jalan Tuanku Sultan Abdul Halim

* Jalan Rahmat

* Jalan Sentul Manis

* Jalan Pahang Barat

* Smart Tunnel – Pengguna di nasihatkan menggunakan Jalan Tun Razak untuk ke pusat bandar

 

Pengguna dinasihatkan untuk mengelakkan laluan yang terlibat dengan lencongan dan penutupan, serta patuh kepada arahan pihak polis yang bertugas.

 

Sumber: Astro AWANI