Lagu ‘Remake’ Assalamualaikum Buat Palestine, Sentuh Hati Pendengar

Rocketfuel Entertainment semalam telah melancarkan lagu remake  Assalamualaikum  yang ditulis semula oleh penyanyi asal, Faizal Tahir serta Ezra Kong, Mike Chan, Audi Mok, Omar K. 

Lagu remake ini dinyanyikan oleh barisan penyanyi terkenal tanah air seperti, Hael Husaini, Faizal Tahir, Zizan Razak, Elly Mazlein,  Ara Johari, Wani Kayrie, Dato’ Hattan, Zizi Kirana, Mawi, Amir Sisi, Nikki Palikat, Naqiu, Aliff Aziz, Liza Hanim, Noryn Aziz, Hady Mirza, Tomok, Jaclyn Victor dan Azharina. 

lagu ‘remake’ assalamualaikum buat palestine, sentuh hati pendengar

Menjengah ke ruangan komen di YouTube, rata-rata pendengar meluahkan rasa terharu dengan lirik yang sangat bermakna. Tak kurang juga ada yang meninggalkan komen pujian nyanyian hasil gabungan kesemua barisan penyanyi. 

“Merdu lagu ini, lirik pun sangat bermakna. Semoga saudara dan saudari Palestin diberi kemenangan, Insya Allah,

“Simple merdu syahdu,

“Masyaallah!!! terbaik!!!! kita bersama suara dunia tidak mengira bangsa dan agama!,

“Big respect For smua artis yg terlibat .. sangat superb ini perjuangan kita semua .. insya Allah Palestine will be free Amin”, tulis para pendengar. 

lagu ‘remake’ assalamualaikum buat palestine, sentuh hati pendengar

Boleh tengok muzik video Assalamualaikum di bawah: