KWSP Nafi Kenyataan Ahli Perlu Bayar Balik Kemudahan pendahuluan i-Sinar

kwsp nafi kenyataan ahli perlu bayar balik kemudahan pendahuluan i-sinar

Baru-baru ini pihak KWSP telah mengeluarkan kenyataan di mana ahli KWSP yang memohon dan layak akan diberikan kemudahan untuk mengakses Akaun 1 di bawah projek i-Sinar. Kemudahan ini akan memberi manfaat kepada 2.2 juta pemegang akaun.

Bagaimanapun, terdapat kenyataan yang tular di media sosial menyatakan ahli perlu membawa balik kemudahan pendahuluan i-Sinar daripada KWSP. Perkara ini tidak benar sama sekali dan KWSP telah menafikan kenyataan tersebut.

Menurut KWSP, untuk mereka yang memohon i-Sinar, amaun yang didahulukan daripada Akaun 1 akan diganti semula dengan caruman ahli pada masa depan.

Kenyataan tular di media sosial bahawa ‘ahli perlu bayar balik kemudahan pendahuluan i-Sinar daripada KWSP’ adalah tidak...

Posted by Astro Radio News on Monday, November 16, 2020

Sumber: Facebook Astro Radio News