KWSP: Jangan Jawab Sekiranya Ada Panggilan Yang Meminta PIN, Kata Laluan Atau Maklumat Peribadi

kwsp: jangan jawab sekiranya ada panggilan yang meminta pin, kata laluan atau maklumat peribadi

Memandangkan pihak KWSP telah mula melakukan pembayaran untuk pengeluarkan i-Sinar, maka banyaklah mata-mata jahat yang mula melakukan kerja untuk mencuri duit anda.

Jadi, pihak KWSP telah menegaskan dalam satu hantaran Instagram mereka bahawa jangan sesekali jawab seandainya anda menerima panggilan dan meminta PIN, kata laluan mahupun maklumat peribadi.

Selain itu, pihak KWSP juga telah menyatakan bahawa mereka tidak pernah melantik pihak ketiga untuk menguruskan simpanan KWSP anda. Jadi, sekiranya anda menerima sebarang mesej yang meragukan, terus hubungi pihak KWSP untuk mendapatkan pengesahan.

Talian hotline i-Sinar dibuka dari jam 8 pagi hingga 8 malam pada setiap hari Isnin hingga Jumaat. Anda hanya perlu hubungi 03-8922 4848 untuk mendapatkan sebarang maklumat dan pengesahan.

Sumber: Instagram KWSP  

ARTIKEL BERKAITAN