KWSP i-Sinar: Semak Akaun Sebab Pembayaran Interim Kategori 2 Dah Bermula 26 Januari

kwsp i-sinar: semak akaun sebab pembayaran interim kategori 2 dah bermula 26 januari
Kepada pemohon pengeluaran KWSP i-Sinar kategori 2 dah semak akaun ke belum?

Ini kerana KWSP telah memaklumkan bahawa pembayaran interim kepada pemohon Kategori 2 telah pun bermula semenjak 26 Januari lalu.

Tapi, kalau baki akaun anda tak bertambah-tambah juga, sila bersabar ya. Ini kerana pembayaran ni mengambil masa 1 hingga 3 hari bekerja untuk proses pengkreditan amaun ke akaun bank. Selain itu, proses ini juga bergantung kepada prosedur bank yang digunakan.

So, mungkin anda perlukan masa sehingga 3 hari bekerja untuk melihat duit anda dikreditkan. Jika masih belum menerima wang tersebut, boleh lah terus menghubungi pihak KWSP.
Sumber: Instagram KWSP
ARTIKEL BERKAITAN