KWSP i-Sinar: Jangan Terburu-buru, Permohonan Dibuka Sehinga 30 Jun Tahun Hadapan

kwsp i-sinar: jangan terburu-buru, permohonan dibuka sehinga 30 jun tahun hadapan

Ramai di media sosial telah menyatakan bahawa mereka sudah memohon pengeluaran Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui program i-Sinar.

Bagi mereka yang masih belum memohon, jangan risau kerana anda mempunyai masa selama 6 bulan untuk merancang kewangan. Tarikh akhir untuk memohon KWSP i-Sinar ialah pada 30 Jun 2021.

Jadi, anda mempunyai masa yang cukup untuk berbincang bersama ahli keluarga atau pasangan akan jumlah yang sewajarnya untuk dikeluarkan. Pastikan jumlah wang itu mencukupi untuk keperluan dan tidak membazir.

Sediakan dokumen yang lengkap seperti mana yang diminta oleh pihak KWSP. Permohonan i-Sinar perlu dibuat dalam talian melalui laman web isinar.kwsp.gov.my

 

 

Sumber: Instagram KWSP