KWSP Bakal Lancar i-Sayang, i-Lindung Tahun Hadapan

Bagi meningkatkan kesejahteraan rakyat, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bakal melancarkan kemudahan i-Sayang pada suku pertama 2022.

kwsp bakal lancar i-sayang, i-lindung tahun hadapan

Menurut laporan, kemudahan itu akan membolehkan pemindahan secara sukarela dua peratus caruman KWSP daripada akaun suami ke akaun isteri.

 

Satu lagi kemudahan yang akan dilancarkan adalah i-Lindung, iaitu membenarkan pengeluaran dana daripada Akaun 2 bagi membeli insurans hayat dan penyakit kritikal melalui platform KWSP.

 

“Inisiatif lain yang kami tinjau termasuk pendekatan berperingkat ke arah mewajibkan perlindungan KWSP yang sah kepada pekerja sektor tidak formal bukan pertanian.

"Kami juga akan menyokong skim caruman lebihan sukarela yang mana ahli-ahli boleh memaksa majikan untuk meningkatkan caruman KWSP mereka kepada lebih daripada 11 peratus kadar berkanun," kata pengerusinya, Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir.

 

Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis perasmian Persidangan Kesejahteraan Sosial Antarabangsa (ISWC) 2021 yang diadakan secara maya dan fizikal pada Isnin.

 

Sumber: [1], [2]