i-Citra: KWSP Guna Dana Akaun 2 Dahulu Sebelum Akaun 1

Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang memohon untuk kemudahan i-Citra, akan menggunakan dana daripada simpanan Akaun 2 terlebih dahulu.

i-citra: kwsp guna dana akaun 2 dahulu sebelum akaun 1

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, sekiranya dana Akaun 2 tidak mencukupi, barulah pihak KWSP akan membenarkan pengguna mengakses Akaun 1.

"Justeru, kami sentiasa mencari jalan untuk memberi ruang kepada ahli untuk mengakses dana simpanan mereka ketika waktu sukar ini.

"i-Citra dilaksana menerusi pengambilan dana yang terdapat di dalam Akaun 2 ahli terlebih dulu, dan sekiranya akaun itu (Akaun 2) tidak mencukupi, maka baru kami membenarkan pemohon mengakses Akaun 1," katanya.

 

Tambahnya lagi, keputusan melaksanakan i-Citra adalah satu perkara yang sukar kerana tujuan utama KWSP adalah untuk membantu ahli selepas persaraan.

 

Permohonan i-Citra boleh dibuat mulai 15 Julai hingga 30 September 2021 secara dalam talian melalui portal icitra.kwsp.gov.my. Bagaimanapun, portal ini hanya boleh diakses bermula 15 Julai 2021.

bayaran rm1,000 selama 5 bulan, ini syarat mohon i-citra

Sumber: Astro AWANI