Kumpulan Wings Ke Mekah Untuk Tunaikan Umrah Bersama

Kumpulan rock lagenda, Wings dilaporkan berangkat ke Tanah Suci Mekah apada Rabu lepas untuk menunaikan Umrah bersama-sama. 

kumpulan wings ke mekah untuk tunaikan umrah bersama

Ahli kumpulan itu menunjukkan Awie, Eddie, Black, Syam dan Edrie kelihatan sangat gembira kerana dapat sama-sama meluangkan masa untuk menunaikan ibadah Umrah.

Perkongsian ini telah dibuat oleh mereka di dalam akaun rasmi Instagram kumpulan tersebut. 

 

“Segala puji bagi Allah atas nikmat yang diberi, semoga Wings peroleh Umrah yang maqbullah, Allahumma Aamin.

“Doakan urusan Wings disana dipermudah dan dapat menunaikan ibadah Umrah dengan sempurna”, tulis kapsyen di gambar tersebut. 

Rata-rata komen netizen juga berharap agar perjalanan mereka di sana sentiasa di mudahkan dan berjalan dengan lancar. 

kumpulan wings ke mekah untuk tunaikan umrah bersama

kumpulan wings ke mekah untuk tunaikan umrah bersama

Sumber: Instagram @sayap2wings