COVID-19: Kumpulan Umur 40 dan 50-an Lebih Banyak Penuhi Katil ICU Berbanding Warga Emas

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan hampir separuh kes baharu positif COVID-19 pada 21 Julai daripada kategori 1 (tidak bergejala) dan kategori 2 (bergejala ringan).

 

Daripada 11,985 kes harian yang dilaporkan, sebanyak 65 kes (0.5 peratus) adalah daripada  kategori 5 (kritikal dan memerlukan bantuan pernafasan), 45 kes (0.4 peratus) kategori 4 (radang paru-paru dan memerlukan bantuan oksigen), 178 kes (1.5 peratus) kategori 3 (radang paru-paru), 5,847 kes (48.7 peratus) kategori 2 dan 5,850 kes (48.9 peratus) kategori 1.

covid-19: kumpulan umur 40 dan 50-an lebih banyak penuhi katil icu berbanding warga emas

Tambah KKM lagi, daripada laporan yang diterima CPRC Kebangsaan dan CPRC Perkhidmatan Hospital, kumpulan umur lebih muda misalnya 40-an dan 50-an dilihat lebih banyak memenuhi ICU berbanding warga emas berumur 60 tahun dan ke atas. Situasi ini membuktikan vaksin telah membantu mengurangkan jangkitan COVID-19 di kalangan golongan rentan dan warga emas.

 

Dalam pada itu juga, sebanyak 199 kes kematian yang melibatkan 84 kes di Selangor, 57 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 16 kes di Melaka, 12 kes di Kedah, tujuh (7) kes di Negeri Sembilan, masing-masing enam (6) kes di Johor dan Pahang, tiga (3) kes di Terengganu, dua (2) kes  di Pulau Pinang, Perak, dan Kelantan, serta masing-masing satu (1) kes di Sabah dan Sarawak.

covid-19: kumpulan umur 40 dan 50-an lebih banyak penuhi katil icu berbanding warga emas

Sumber: KKM