Kumpulan Kedua Vaksin AstraZeneca Selamat Tiba Di Malaysia

Malaysia hari ini telah menerima kumpulan kedua vaksin COVID-19, dihantar melalui COVAX Facility, atau Pelan Peruntukan Vaksin COVID-19, iaitu perkongsian antara Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Gabungan untuk Inovasi Penyediaan Epidemik (CEPI), Gavi, dan Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF). Ini adalah satu lagi langkah penting dalam memerangi pandemik COVID-19 dan menyokong usaha imunisasi oleh kerajaan Malaysia.

kumpulan kedua vaksin astrazeneca selamat tiba di malaysia

Sebanyak 559,200 dos vaksin AstraZeneca yang tiba hari ini, juga bersama penghantaran COVAX pada 21 April lalu sebanyak 268,800 dos ke Kuala Lumpur. Jadi secara keseluruhannya, Malaysia telah menerima 828,000 dos daripada 1,387,200 dos vaksin AstraZeneca melalui COVAX Facility. Ketibaan di Kuala Lumpur merupakan tonggak penting bagi COVAX Facility dalam usahanya untuk menyediakan sekurang-kurangnya 2 bilion dos vaksin COVID-19 pada akhir tahun 2021.

 

COVAX Facility adalah usaha global yang belum pernah terjadi sebelumnya, bertujuan menyediakan setiap negara di dunia dengan akses yang adil terhadap vaksin COVID-19 yang selamat dengan secepat mungkin. COVAX adalah sebahagian daripada Access to COVID-19 Tools (ACT) Accelerator, satu kolaborasi global yang canggih untuk mempercepat pembangunan, pengeluaran, dan akses yang sama untuk ujian, rawatan dan vaksin COVID-19. Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kesihatan dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi telah bekerjasama dengan WHO dan UNICEF untuk membawa vaksin ini ke Malaysia.

 

"Kami sangat gembira melihat penghantaran kedua vaksin COVID-19 sebagai sebahagian daripada Kemudahan COVAX yang tiba di Malaysia pagi ini. Kami sangat gembira dengan kerjasama erat ini dengan Kerajaan Malaysia dan kementerian-kementerian yang terlibat dalam usaha menyelamatkan nyawa menerusi pemberian vaksin COVID-19. Ini merupakan satu lagi sumbangan kerajaan dalam usaha melindungi nyawa rakyat dan bukan warganegara di Malaysia. Kerjasama ini akan berterusan, dan kami akan mengatasi wabak ini bersama-sama,” kata Dr Rashed Mustafa Sarwar, Wakil UNICEF ke Malaysia dan Wakil Khas ke Negara Brunei Darussalam.

kumpulan kedua vaksin astrazeneca selamat tiba di malaysia

"Kedatangan vaksin melalui COVAX Facility tepat pada masanya kerana dengan kewujudan kes, kita mesti mengambil setiap peluang yang ada untuk memvaksinasi samai mungkin orang selain mengurangkan kemasukan ke hospital dan kematian. Keutamaan harus diberikan kepada mereka yang sangat memerlukannya seperti warga emas dan orang-orang yang mempunyai penyakit kronik,” kata Dr Lo Ying-Ru Jacqueline, Wakil WHO ke Malaysia, Brunei Darussalam dan Singapura.

 

Berdasarkan bukti terkini, vaksin COVID-19 dapat melindungi individu dari penyakit yang teruk dan mengurangkan kemasukan ke hospital dan kematian. Walaupun begitu, orang ramai masih lagi perlu patuh kepada langkah-langkah kesihatan awam yang terbukti seperti penjarakan fizikal, memakai pelitup muka, menjaga kebersihan dan menghindari tempat yang sesak dan tertutup.

kumpulan kedua vaksin astrazeneca selamat tiba di malaysia

 

Sumber: WHO

ARTIKEL BERKAITAN