Sedih! Kucing Popular Ini Mati Kena Racun Di Desa Pandan, KL

Seekor kucing yang popular menerusi laman Tiktok ditemui mati dipercayai diracun bersama beberapa ekor kucing lain dekat sini Sabtu lalu.

sedih! kucing popular ini mati kena racun di desa pandan, kl

Menerusi perkongsian TikTok/yogiandkids, pemilik kucing bernama Yogi memaklumkan kucingnya telah mati akibat diracun dengan racun tikus oleh individu yang tidak bertanggungjawab di perkarangan sebuah flat di Desa Pandan, Kuala Lumpur.

.

Pemilik Yogi, Al Farrah Sherrina Zulkifle berkata beliau tidak menyangka kucing kesayangannya itu menjadi mangsa selepas beberapa ekor kucing lain turut diracun sejak beberapa minggu lalu.

.

"Ada orang membenci makhluk Allah ini dan tergamak beri makan racun. Semoga Allah beri balasan kepada mereka yang zalim," kata Al Farrah Sherrina.

sedih! kucing popular ini mati kena racun di desa pandan, kl

Perkongsian itu mengundang rasa sedih dan kecewa ramai pengguna Tiktok dengan rata-ratanya berharap agar si pelaku dapat di tangkap dan menerima hukuman sewajarnya.

 

@yogiandkids Sahabat semua, Yogi dan Oyen telah dijumpai mati dipercayai diberi racun tikus. Ada org yang membenci makhluk allah ni dan tergamak beri mereka makan racun. Semoga allah beri balasan kpd org zalim ni nanti. #yogithecat #yogiandkids #yogiinmemories #sadday #14052022 #perginyatiadapeganti #gonnamissyou #lifeisshort ♬ original sound - Yogi & kids

 

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN