Kuala Lumpur Cipta Magis, Pesta di MaTiC!

Peminat bola sepak di Malaysia pasti tahu ada beberapa perlawanan besar minggu ini. Salah satunya berlangsung malam tadi yang melibatkan Kuala Lumpur City dengan kelab India, ATK Mohun Bagan. KL City cipta sensasi apabila menjuarai zon ASEAN dan layak ke peringkat separuh akhir Antara Zon. 
 
Tak boleh dinafikan ia merupakan perlawanan paling besar dalam sejarah bola sepak Kuala Lumpur. Hasil usaha keras penyokong KL City sendiri, satu match viewing party diadakan di Pusat Pelancongan Malaysia, MaTiC. Ye lah, kalau peminat KL ni nak pergi ke India sekurang-kurangnya kena ada 3 ribu ringgit. Itu baru harga tiket flight je!  
 
Kehadiran penyokong ke acara ini boleh tahan. Ditambah pula dengan kehadiran Astro Arena yang melakukan siaran langsung di lokasi sama. Memang happening lah walaupun perlawanan belum bermula.  
 
Selepas semua yang hadir mengambil tempat masing-masing, perlawanan pun bermula. KL banyak bertahan memandangkan lawan mereka miliki ranking yang lebih baik. Suasana di MaTiC ibarat pesta apabila perlawanan menghampiri minit ke-60. Captain Marvel mereka, Paulo Josue membuka jaringan menerusi rembatan half volley dari luar kotak penalti. Kecoh MaTiC dengan sorakan penyokong KL! 
 
Dulu Azman Adnan main KL, KL! 
Safee Sali juga main KL, KL! 
Walau bukan macam dulu, 
Kami tetap akan gempur! 
SAMPAI MATI KUALA LUMPUR! 

 
Ini lah chant yang selalu dilaungkan penyokong KL dan ia berkumandang di MaTiC! 
 

@astronews1 #AFCCup #AFC #klcityfc #kualalumpur #bolasepak #atkmohunbagan #playoff #fyp #pialaafc #sampaimatikualalumpur #bola #citizens #soccer #pialaafc2022 #viral #afccup2022 #trending #KL #astronews1 #astroradionews #astronews ♬ original sound - Astro News


 
Ketika semua penyokong bersedia untuk menyambut kemenangan bersejarah KL, Mohun Bagan berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-90. Last minute!  
 

 

@astronews1 #ATKMohunBagan menyamakan kedudukan 😏 #astronews #astroradionews #astronews1 #KL #afccup2022 #pialaafc2022 #pialaafc #sampaimatikualalumpur #afccup ♬ Oh No No No - Music Falcon


 
Sugul semua yang berada di MaTiC dan hampir semua sudah menjangkakan perlawanan akan dilanjutkan ke masa tambahan. Apa yang berlaku selepas ini merupakan sebab utama sukan bola sepak ini menjadi kegilaan ramai. 
 
2 minit memasuki masa kecederaan, KL mendapat sepakan percuma. Kepada yang mengikuti perkembangan bola sepak Malaysia pasti perasan yang KL banyak menjaringkan gol menerusi set piece dalam beberapa perlawanan terakhir mereka. Paulo Josue mengambil sepakan tersebut, bola tersebut ditanduk oleh pemain gantian, Fakrul Aiman Sidid. Semua penyokong seakan menahan nafas untuk menyaksikan destinasi bola tersebut. Penjaga gol Mohun Bagan gagal menepis dan bola tersebut terus menerjah jaring! 

 

 

 

 

@astronews1 #gooooooolllll #KLCityFc jaringkan gol kemenangan pada waktu kecederaan. 2-1! #afccup #sampaimatikualalumpur #pialaafc #pialaafc2022 #afccup2022 #KL #viral #trending #astroradionews #astronews1 #astronews #ATKMohunBagan ♬ original sound - Astro News


 
Belum habis penyokong KL meraikan gol kedua tadi, giliran seorang lagi pemain gantian iaitu Romel Morales menjaringkan gol. Kecoh! Gamat! Euphoria! Sorakan penyokong lebih kuat berbanding 2 gol pertama tadi. Ada beberapa penyokong menitiskan air mata, ada yang sujud ke bumi, ada yang menjerit ke langit. Pelbagai gelagat boleh disaksikan. Semuanya kerana Kuala Lumpur cipta magis! 

 

 

 

 

@astronews1 penyokong #klcityfc berpesta meraikan kemenangan dramatik pasukan itu ke atas #atkmohunbagan pada aksi #pialaafc2022 inter-zonal playoff dengan keputusan #fyp 3-1 .#astronews #astronews1 #viral #afccup #astroradionews #trending #KLCity #sampaimatikualalumpur ♬ original sound - Astro News


 
Penyokong terus bersorak meraikan kemenangan bersejarah KL. Siapa sangka pasukan yang tidak sampai sedekad lepas beraksi di Liga FAM (sekarang M3), kini berada di pentas final Antara Zon Piala AFC? Kejayaan mereka menjulang trofi Piala Malaysia edisi ke-100 musim lalu juga tiada dalam skrip. KL merupakan pasukan kerdil yang berdepan gergasi bola sepak era baru Malaysia, JDT. Hampir kesemua rakyat Malaysia termasuk segelintir penyokong KL menjangkakan JDT akan menang mudah. Namun sebaliknya berlaku. KL catat kemenangan 2-0. 
 
Kemuncak celebration penyokong KL apabila mereka menyerbu siaran langsung post match Astro Arena sambil menyanyikan lagu Sinaran yang dipopularkan oleh Datuk Sheila Majid.  

 

 

 

 

@astronews1 Meriah ..jangan tak meriah! penyokong terus meraikan kejayaan #KLCityFc layak ke final #pialaafc2022 inter-zonal playoff . Tahniah #KL #astronews #fyp #viral #afccup #pialaafc2022 #trending #sampaimatikualalumpur ♬ original sound - Astro News


 
Mungkin ada pihak yang kurang senang dengan tindakan sebegitu. Namun jika anda merupakan salah seorang daripada mereka yang pernah menyaksikan KL beraksi di padang tepi jalan untuk perlawanan Liga FAM, anda akan faham apa yang mereka rasa. Anda akan faham kenapa kemuncak kegembiraan mereka sebegitu. Pasukan KL selalu diperlekeh kerana jumlah penyokong yang hadir ke stadium amat sedikit. Mereka gantikan kekurangan kuantiti penyokong dengan kualiti penyokong yang boleh dianggap bertaraf dunia.  
 
“Kami tak ramai, tapi kami ada.” Kata-kata ini diungkapkan oleh seorang penyokong setia KL, Nizam. Ayat yang cukup sempurna untuk menggambarkan penyokong KL City. Dari padang tepi jalan, ke final Antara Zon Piala Asia. Bergembira lah penyokong KL City. Berpesta lah. Anda semua berhak merasai nikmat ini. Dan jangan sekali-kali lupa yang anda semua... 
 
SAMPAI MATI KUALA LUMPUR!!! 

 

 

 

Oleh: Karami Kamel 

ARTIKEL BERKAITAN