Baru-baru ini, Kuala Lumpur muncul sebagai bandar kegemaran ramai pemastautin dari luar negara berikutan gaya hidup mampu milik serta kepelbagaian budaya yang menarik.
Menerusi satu tinjauan yang dilakukan Bloomberg, ibu negara Malaysia ini menjadi semakin menarik kepada perniagaan global berikutan ramai tenaga kerjanya mampu bertutur Bahasa Inggeris selain sambungan penerbangan yang mudah di seluruh rantau ini dan kemampuan relatifnya.
Pada 2021, Kuala Lumpur menduduki tempat pertama dalam satu tinjauan yang dilakukan terhadap kira-kira 12,000 ekspatriat dari serata dunia oleh InterNations.
“Ia adalah sebuah negara di persimpangan pelbagai tamadun: Asia Tenggara, China, Timur Tengah, India,” kata Caroline Pujo, yang berpindah ke Kuala Lumpur bersama suami dan anak lelaki berusia 10 tahun pada Januari selepas 15 tahun tinggal di Shanghai.
“Terdapat banyak kepelbagaian budaya dan bahasa, tetapi terdapat keharmonian sebenar dalam semua kepelbagaian itu.”
Menurut Pujo, dia membelanjakan kira-kira RM3,000 ringgit sebulan untuk menyewa, dan bekerja sebagai perunding acara. Selain itu, dia juga bekerja kontrak sebagai pengurus projek untuk firma multinasional.
Pujo, 47, itu juga menambah kehidupan yang dilaluinya ketika menetap di Shanghai begitu pantas. Namun, segala-galanya menjadi lebih seimbang selepas berpindah ke Kuala Lumpur.
Bagaimanapun, menurut dirinya yang telah terbiasa tinggal di bandar-bandar lain yang mempunyai infrastruktur yang lebih maju, sambungan internet di Kuala Lumpur adakalanya lebih perlahan berbanding tempat lain.
Namun, menyifatkan ia sebagai tidak apa-apa berikutan terdapatnya pelbagai pulau menarik yang boleh dilawati untuk lari dari kesibukan bandar.
Sumber: Bloomberg