Salah seorang kru penerbitan drama lakonan Aliff Aziz dan Ruhainies, tampil menceritakan hubungan mesra kedua pelakon itu dilokasi penggambaran yang katanya tidak sangka ia membawa sampai ke rumah.
Memetik laporan daripada portal tempatan, beliau yang hanya dikenali sebagai Mr. Z berkata, kedua-dua pelakon itu dilihat lebih akrab berbanding hubungan dengan pelakon lain.
"Hubungan mesra mereka di lokasi penggambaran yang kononnya untuk mencipta keserasian, tak sangka pula dibawa sampai ke rumah.
"Kita selalu tengok pelakon terutama pasangan hero dan heroin ada cara mereka untuk mencipta keserasian watak seperti selalu berborak dan berlatih bersama. Malah ada juga yang tak perlu berbuat demikian tapi masih mampu memberikan hasil yang bagus. Tapi dalam kes mereka ini saya nampak lain macam.
"Kami ada berikan nasihat kepada Aliff supaya jangan terlalu rapat disebabkan kes terdahulunya, tapi dia beri alasan perlu berbuat demikian bagi bina keserasian bersama Ruhainies. Disebabkan itu, memang nampak kemesraan mereka. Kadang-kadang mereka duduk dalam kereta bersama, termasuk panggilan baby," katanya.
Tambah Mr. Z lagi, Aliff dan Ruhainies pernah juga dilihat datang ke lokasi penggambaran bersama, meskipun jadual atau ‘call time’ mereka berbeza.
"Pada mulanya saya tak terfikir pun hubungan mereka sejauh ini. Saya ingatkan mereka profesional, tapi selepas apa yang berlaku, baru saya tersedar beberapa kejadian antaranya mereka pernah datang sekali ke lokasi. Pernah juga Ruhainies datang sama waktu dengan Aliff sedangkan 'call time' Ruhainies lebih awal.
"Lagi buat saya tak sangka apabila hubungan Ruhainies dan Bella di lokasi atau di luar juga baik. Jadi saya memang tak terfikir mengenai hubungan itu," katanya.
Katanya, tindakan Bella Astillah yang menarik diri daripada drama itu juga merupakan satu keputusan yang bagus.
"Dalam drama ini Bella melakonkan watak perampas suami kepada kakaknya yang dibintangi Ruhainies. Nanti akan ada babak Bella meminta maaf kepada Ruhainies. Jadi situasi ini mungkin tak sesuai pada masa sekarang jika diteruskan," katanya lagi.
Sumber: HMetro