KPT Beri Bantuan Pakej Pelan Data Dan Diskaun Peranti Kepada Pelajar IPT

kpt beri bantuan pakej pelan data dan diskaun peranti kepada pelajar ipt

Memandangkan ramai yang terpaksa menjalankan kelas secara atas talian, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah melaksanakan satu inisiatif membantu pelajar IPT untuk golongan B40. Actually bantuan Pelan Data dan Peranti ni dah pun dijalankan secara bersasar semenjak 30 Oktober 2020 lalu.

Kenyataan terbaru yang dikeluarkan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini, usaha KPT ini juga termasuklah mendapatkan tawaran terbaik daripada syarikat pembekal pelan data dan peranti.

Selain itu, KPT tengah berusaha dan telah berbincang dengan Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk inisiatif pinjaman kewangan di bawah Skim BSN MyRinggit-COMSIS untuh membolehkan pelajar IPT membeli komputer riba.

Jadi, korang jangan lupa untuk dapatkan inisiatif ini tau!

Sumber: Siakap Keli, KPT