KPT Ambil Langkah Kekalkan Operasi IPT Seperti Yang Diumumkan Sebelum Ini

kpt ambil langkah kekalkan operasi ipt seperti yang diumumkan sebelum ini

Kepada student university di luar sana yang masih belum tahu tentang update terkini, suka dimaklumkan bahawa KPT telah mengekalkan pengoperasian IPT di bawah KPT seperti mana yang telah dimaklumkan sebelum ini walaupun PKP dilaksanakan.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan KPT, operasi itu termasuklah kemasukan pelajar antarabangsa ke kampus kecuali dari UK seawal 1 Januari 2021 dan pelajar tempatan seawal 1 Mac 2021.

Selain itu, bagi pelajar yang telah berada di dalam kampus, korang diminta untuk terus kekal di kampus masing-masing dan mengikuti pembelajaran secara hybrid. Untuk pelajar lain, pembelajaran untuk semua program pengajian diteruskan dengan pembelajaran secara dalam talian sehinggalah PKP tamat.

"Peperiksaan antarabangsa dan badan profesional adalah dibenarkan dijalankan di kampus.

"Pelajar-pelajar berkeperluan seperti latihan klinikal, peperiksaan profesional, makmal, studio, amali atau akses internet dan seumpamanya adalah dibenarkan.

"Surat kebenaran khas akan dikeluarkan oleh pihak IPT bagi membolehkan pelajar yang berkeperluan memohon kebenaran merentas negeri atau daerah untuk pulang ke kampus daripada pihak berkuasa,"

Sumber: Astro Awani