Bermula 11 Mac ini, mana-mana individu yang dijangkiti atau disyaki berkontak rapat dengan pesakit COVID-19 akan dipakaikan dengan gelang peranti pengesanan berteknologi tinggi.
Foto sekadar hiasan
Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, individu yang berstatus ‘Individu Dalam Pengawasan’ (PUS) juga akan dipakaikan dengan gelang pengawasan berkenaan.
Pemakaian gelang peranti pengesanan ini katanya sudah termasuk dalam lima peruntukan baharu yang dimasukkan ke dalam Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2021.
“Tiga kategori akan diberikan gelang tersebut bagi tujuan pengawasan.
“Setakat ini terdapat model-model yang digunakan. Pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan membuat keputusan tidak lama lagi,” katanya dalam sidang media di sini pada Rabu.
Sumber:
Astro Awani