126 Kes Kematian Harian, Tertinggi Tiga Angka Di Malaysia

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sebanyak 126 kes kematian harian pada 2 Jun 2021, yang mana merupakan kes kematian harian tertinggi sejak pandemik ini bermula.

 

Daripada pertambahan angka baharu itu, ia menjadikan jumlah keseluruhan kes maut di negara ini meningkat kepada 2,993 kes setakat 2 Jun 2021.

126 kes kematian harian, tertinggi tiga angka di malaysia

Selain itu, sebanyak 7,703 lagi kes baharu positif COVID-19 dicatatkan di Malaysia, dimana ia melibatkan 7,701 kes jangkitan tempatan dan 2 lagi kes import.

 

Dalam masa sama, sebanyak 501,898 kes sembuh juga dicatatkan yang mana ia melibatkan 85.48% daripada jumlah keseluruhan.

126 kes kematian harian, tertinggi tiga angka di malaysia

Sumber: KKM