KKM Lapor 70 Kes Positif Baharu Dan 31 Daripadanya Dari Bukan Warganegara Malaysia

kkm lapor 70 kes positif baharu dan 31 daripadanya dari bukan warganegara malaysia

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengemaskini status COVID-19 di negara ini. Terdapat sedikit penambahan dari segi kes positif. Bagamanapun, jumlah kes harian masih lagi di bawah paras 100 kes.

Setakat jam 12 tengah hari, 70 kes positif baharu telah dilaporkan. Secara kumulatifnya, kes positif di Malaysia sudah pun 6,726 kes. Berdasarkan laporan, 31 kes positif baharu hari ini merupakan kes Bukan Warganegara Malaysia.

 Untuk hari ini juga, 88 kes sembuh telah didaftarkan. Secara keseluruhannya, KKM telah menyelesaikan 5,113 kes.

Sehingga hari ini terdapat 1,504 kes yang masih aktif dan terus dirawat di hospital. 20 kes daripadanya ditempatkan di ICU dan tujuh kes memerlukan bantuan alat pernafasan.

Dalam perkembangan lain, jumlah kes kematian meningkat kepada satu kes. Secara keseluruhannya, 109 kes sudah pun dicatatkan.

Sumber: KKM