KKM Jangka Kes Boleh Cecah 22,000 Akhir Mac Ini

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjangkakan kes jangkitan COVID-19 di negara ini boleh mencecah 22,000 kes menjelang akhir Mac depan.

kkm jangka kes boleh cecah 22,000 akhir mac ini

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia dibuat berdasarkan nilai Rt negara pada 1.20.

 

“Oleh itu menjadi tanggungjawab kita mematuhi semua langkah kesihatan dan sosial serta meningkatkan liputan vaksinasi serta dos penggalak untuk mengurangkan jangkitan dan menurunkan nilai Rt kurang daripada satu,” katanya pada ciapan Twitter beliau.

 

Malaysia sekali lagi mencatatkan nilai kes positif 10,089 kes pada 6 Februari 2022, tertinggi seumpamanya sejak kali terakhir pada tahun lalu.

 

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan bahawa negara belum bebas daripada penularan Covid-19.

 

“Yang penting pada kita perlu menjangkakan jumlah kes yang tinggi ini namun keterukan yang kurang selain kurangnya kemasukan ke hospital dan kurangnya kematian,” katanya.

 

Sumber: [1]