Trend sekarang ni ramai yang dah mula join aktiviti berbasikal.
Tak kisah lah apa aktiviti yang nak dilakukan yang penting keselamatan perlu diutamakan.
Tapi baru-baru ni malang tak berbau bila Menteri Sains dan Teknologi, Khairy Jamaluddin cedera selepas terjatuh dari basikal akibat terlanggar lubang jalan.
Disebabkan insiden tu, JKR Kuala Langat mohon maaf atas kemalangan yang menimpa YB KJ dan akan menyelesaikan masalah jalan berlubang itu dengan segera.
Malangnya, status permohonan maaf itu dihujani dengan reaksi netizen yang turut mahu JKR selesaikan masalah jalan berlubang di kawasan - kawasan lain.
YB KJ pun sarankan JKR agar peka dengan isu itu demi keselamatan semua pihak.
Antara cadangan yang baik oleh YB KJ adalah dengan mewujudkan portal aduan khas secara dalam talian.
Melalui portal tu, sebarang aduan disertakan dengan beberapa butiran seperti gambar, video dan maklumat oleh orang ramai mengenai kerosakan jalan dapat disalurkan secara pantas.
Bagus jugak kan idea YB KJ ni
Idea ni katanya akan dibincangkan dengan Kementerian Kerja Raya dalam masa terdekat.
Harap-harap dengan adanya portal ni nanti, masalah jalan berlubang dapat diselesaikan dengan segera demi kebaikan semua pihak tanpa mengira pangkat, umur dan golongan tertentu.