Kit Ujian Kendiri COVID-19 Dijual Serendah RM6.90 Seunit

Kit ujian kendiri COVID-19 kini boleh didapati pada harga serendah RM6.90 seunit di pasar raya, rangkaian kedai serbaneka dan stesen minyak tertentu.

kit ujian kendiri covid-19 dijual serendah rm6.90 seunit

Perkara itu dimaklumkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, susulan langkah perluasan penjualan kit ujian kendiri itu secara berperingkat di pasaraya, kedai serbaneka dan stesen minyak.

 

Tambahnya lagi, meskipun ia ditetapkan pada RM6.90, ada yang menjualnya pada harga lebih rendah seperti di KK Supermart pada harga RM6.60 seunit.

kit ujian kendiri covid-19 dijual serendah rm6.90 seunit

Terdahulu, kit ujian kendiri COVID-19 yang menerima kelulusan bersyarat dari Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) hanya dibenarkan dijual di klinik dan premis farmasi terpilih.

 

Harga runcit maksimum bagi kit berkenaan juga ditetapkan pada harga RM19.90 dan harga borong RM16.00 seunit berkuatkuasa 5 September lepas. Bagaimanapun harga siling baharu kit ujian kendiri ini akan diumumkan dalam masa terdekat dengan mengambil kira kepentingan pengguna serta peniaga.

 

"Kita boleh tengok di mana paras kita boleh letak dan memastikan pengguna boleh membeli dengan mengikut kehendak mereka termasuk dari segi jenama dan kualiti. Kita mesti juga memberi peluang kepada pengguna membuat pilihan.

"Harga siling baharu juga harus mengambil kira peniaga yang perlu mengimport kit berkenaan dari negara berlainan," katanya.

 

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN