Datin Intan Najuwa akui tidak kisah jika netizen menyamakan rambut baharunya dengan watak teman wanita kartun popular, Popeye iaitu Olive.
Menurutnya keputusan untuk memotong rambut itu kerana dia selesa dengan potongan rambut sebegitu.
“Saya tak kisah orang nak cakap imej macam kekasih Popeye, Shrek ke atau macam sesiapa pun.
“Paling penting saya gembira rambut ini tidak kira panjang atau pendek. Saya tak guna duit anda untuk gunting rambut.
“Suami saya suka. Saya tak perlu minta kebenaran anda dan suami,” katanya.
Dengan imej ini dia kini berasa lebih tenang malah tidak mengganggu kehidupan orang lain.
“Biarlah begini, asalkan hati saya tenang dan tak ada hasad dengki.
“Paling penting hidup saya bahagia, mungkin tak pernah kacau orang atau busuk hati dengan orang.
“Mungkin Allah bagi ganjaran dekat saya supaya kekal tenang dan bahagia selalu,” tambahnya.
Sumber: Kosmo